Friday, 28 August 2015

Laksa Mee Udang Sedap!!!

Time2 camni lapaq nye rasa...makan makanan yang light pon sodap...teringat 2 hari lepas ada orang order ngan Master Chef a.k.a my mum untuk buat Laksa Mee Udang...korang pernah tengok atau makan tak laksa mee? Ktorg import import khas laksa mee ni mai terbang dari Ipoh Maliiiii......

Rasa dia memang totally tak sama ngan bihun sup, atau mee kari atau laksa penang dan seangkatan dengannya. So korang patut cuba Laksa Mee ni.

 Duk citer tapi xde gambaq tak best gak kan?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

               Nampak tak kesedapan Laksa Mee Udang ni? Ada Udang ada Ayam, ada Fishcake dan Fishball


My mum dia ambik order untuk orang2 kampung ni saja sebelum ni....tapi bila da berita dari mulut ke mulut, orang2 sekitar K.Trgnu ni pon ramai yang duk order. Ce teka...ce teka...my mum charges per plate ni brpa?? mesti korang terkezut kucing la...dengan penuh segala macam dalam mangkuk aka 1 Tupperware tu, charges dy 1 bekas RM 4.50 untuk ayam tapi if added udang dan fishcake and fishball equal to RM5.00 sajeeeee.....

Detail of order:

Laksa Mee Ayam : RM4.50
Laksa Mee Ayam + Udang + Fishball + Fishcake = RM5.00

Order paling minimum untuk 5pax yer....
Kalau nak suh delivery sekitar Kuala Terengganu boleh je, tapi ada charges mileage la yer....nak datang ambik sendiri pon ok.....

Apa2 pon for detail bley contact saya di 013-7934416.

Sedapnyaaaaaa!!!!!!

                                                      Dimasak dengan penuh kasih sayang niiii....



Jangan lupa msg/col no.ni untuk order (013-7934416)







Thursday, 27 August 2015

Sejarah Kampung Losong

Tahu kah korang asal usul nama Kampung Losong?
 
ASAL USUL LOSONG

Menurut beberapa kajian yang menemuramah cicit kepada Losong iaitu Tuan Haji Wan Nawang bin Haji Abdullah, Losong merupakan nama seorang perempuan yang berbangsa Bugis yang telah melarikan diri meninggalkan kampung kerana kalah di dalam peperangan di negerinya. Mereka kemudiannya berlayar ke Terengganu dan membuka petempatan yang akhirnya diberi nama sebagai L-O-S-O-N-G.
Peristiwa ini berlaku kira-kira 400 tahun yang lalu. Kebanyakan penduduk asal Losong merupakan keturunan Losong.

Bila tourist dari luar datang Terengganu khususnya Kg.Losong, mereka mesti cakap banyak nya signboard nama Kg.Losong....itu lah menariknya Kuala Terengganu.


PECAHAN KAMPUNG LOSONG (agak2 ada berapa yer?)

Terdapat beberapa pecahan Kampung Losong iaitu:

Kampung Losong Haji Su
 Kampung Losong Haji Awang
Kampung Losong Megat Husin
Kampung Losong Panglima Perang / Losong Tepah
Kampung Losong Atap Zin
Kampung Losong Dato' Amar
Kampung Losong Feri

Kampung Losong Masjid
Kampung Losong Haji Mat Shafie
Kampung Losong Tangki Air
Kampung Losong Lebai Salleh
(nama kampung kita pon ado..hahaha)















tu la sejarah kampung kita...nanti kalau tourist luar Tanya boleh la kasi jawapan dengan konfiden......kikiki ~